Nota: mal du pays bermaksud kerinduan pada kampung halaman dalam bahasa Perancis. Homesick gitu 😊
Nota: mal du pays bermaksud kerinduan pada kampung halaman dalam bahasa Perancis. Homesick gitu 😊
Bersempena dengan jualan Black Friday, ada potongan 10% untuk pembelian ‘Lelaki Langit Bumi’ di E-Sentral. Di sini saya sertakan sedikit cuplikan khusus buat kalian.
Tunggu apa lagi? Selain ‘Lelaki Langit Bumi', ada pelbagai buku dengan potongan harga hebat di sana. Inilah masanya untuk dapatkan karya penulis kegemaran kalian.
Jika tidak beli untuk diri sendiri, kalian boleh juga hadiahkan e-book ini kepada yang tersayang atau teman-teman ulat buku. Mudah sahaja. Di bawah ini saya tunjukkan caranya.
Assalamualaikum.
Hai, apa khabar semua?
Hari ini saya ingin kongsikan kegembiraan saya. E-book 'Lelaki Langit Bumi' sudah ada review di Goodreads. 🤗
Saya ini nama sahaja tulis buku, namun akaun Goodreads saya berstatus tidak aktif. Jauh sekali lagi tahu bagaimana hendak wujudkan page khas untuk e-book saya.
Terima kasih tidak terhingga kepada Sha Mohamed kerana wujudkan halaman untuk 'Lelaki Langit Bumi'.
Sudah lama saya tidak buat puisi padam (blackout poetry). Ini salah satu ekspresi kreatif yang saya kira menarik. Dari satu halaman buku, tidak kiralah novel atau cerpen, kita akan pilih perkataan tertentu untuk hasilkan sebuah puisi baharu. Selebihnya dipadam (digelapkan).
Boleh google atau lihat di Pinterest contoh-contoh blackout poetry. Di bawah ini antara percubaan saya membuat puisi padam secara digital.
Hilang
bergema suara hati
menampar wajah suram
sunyi menyelubungi hari
pulang ke ruang tanpa maya
menghempaskan kehilangan
dia penat
apa sebenarnya dicari
dimahukan.
Bagi yang mengikuti perjalanan karya saya yang satu ini, pasti kalian sudah tahu, ‘Lelaki Langit Bumi’ (LLB) telah diterbitkan dalam bentuk e-book. Boleh dapatkan naskhah digital LLB di E-Sentral.
Alhamdulillah, walaupun baru beberapa bulan di pasaran digital, saya gembira kerana LLB mula diterima dan ada peminatnya sendiri. Tentunya ucapan terima kasih ini buat kalian yang sentiasa menyokong saya sejak saya mula menulis, terbitkan bab demi bab, sehinggalah LLB berjaya dinoktahkan.
Hari ini, saya ingin kongsikan review LLB yang saya terima di platform E-Sentral.
Tolong bantu saya. Kali ini, saya ingin memasukkan elemen interaktif dalam ‘Bukan Sindrom Nightingale.’ Jadi, akan ada beberapa bab yang mempunyai olahan yang berbeza mengikut pilihan pembaca.
Affogato atau Tiramisu? Itu yang kalian perlu putuskan untuk Bab 12 minggu hadapan.
Antara dua hidangan pencuci mulut di atas, mana yang kalian akan pilih sebagai ganjaran buat diri setelah seharian penat dengan aktiviti atau rutin kalian?
Tinggalkan komen di Bab 10, ‘Bukan Sindrom Nightingale’ ya.
Terima kasih! 😊
AKU mengeluh, "Ini sudah keterlaluan. Aku dah penat nak tanam kawan-kawan aku. Aku dah tak mampu."
Antasha memaut lenganku. "Kita balik, Han." Aku cuma mampu mengangguk. Sekilas kutatap batu nisan di atas timbunan tanah merah. 'Selamat jalan, Daus.'Nota: mal du pays bermaksud kerinduan pada kampung halaman dalam bahasa Perancis. Homesick gitu 😊