Jumaat, 27 November 2020

Black Friday | Lelaki Langit Bumi



Assalamualaikum. Hai semua! 👋

Bersempena dengan jualan Black Friday, ada potongan 10% untuk pembelian ‘Lelaki Langit Bumi’ di E-Sentral. Di sini saya sertakan sedikit cuplikan khusus buat kalian.



Tunggu apa lagi? Selain ‘Lelaki Langit Bumi', ada pelbagai buku dengan potongan harga hebat di sana. Inilah masanya untuk dapatkan karya penulis kegemaran kalian.

Jika tidak beli untuk diri sendiri, kalian boleh juga hadiahkan e-book ini kepada yang tersayang atau teman-teman ulat buku. Mudah sahaja. Di bawah ini saya tunjukkan caranya.

Mula-mula, pergi ke laman E-Sentral dan pilih buku yang ingin dibeli. Pastikan kalian sudah log masuk ke E-Sentral terlebih dahulu. Tiada akaun? Cipta akaun secara percuma.


E-book Lelaki Langit Bumi

Tekan 'Buy Now'.


Kalian akan dibawa ke halaman seterusnya seperti di bawah.



Jika ingin belikan e-book sebagai hadiah untuk seseorang, sila isikan alamat e-mel penerima di ruangan berkotak di atas. Setelah itu, jangan lupa tekan 'tanda betul'. Kalian akan dibawa ke halaman berikutnya.

Apabila muncul 'You are buying this as a gift for another person', bahagian e-mel bertulisan kelabu dan tidak boleh diubah, maknanya e-book sudah sedia untuk dihantar kepada penerima. Pastikan alamat e-mel penerima betul. Jika hendak ubah, tekan butang pangkah dan ulang langkah yang sama.


Akhir sekali, lengkapkan pembayaran. Guna Paypal pun boleh tau!

Sesudah selesai membuat pembayaran, si penerima akan menerima e-mel berserta arahan untuk menebus e-book yang kalian hadiahkan. Mudah, bukan? 

Selain daripada 'Lelaki Langit Bumi', di bawah ini ada beberapa judul yang saya sarankan untuk kalian. Insya-Allah, pasti terhibur, peroleh sesuatu yang baharu dan bermanfaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mal Du Pays

  Nota: mal du pays bermaksud kerinduan pada kampung halaman dalam bahasa Perancis. Homesick gitu 😊