Isnin, 12 Ogos 2019

Novel Online Lelaki Langit Bumi - Girang Fashali

Sekarang ini saya dalam proses menyiapkan novel online 'Lelaki Langit Bumi'. Bagi yang mengikuti novel ini sejak dahulu, pasti kalian tahu yang 'Lelaki Langit Bumi' pada asalnya dimuat naik untuk bacaan percuma di sebuah portal novel. Setelah mengalami masalah teknikal yang nampaknya seperti tiada jalan penyelesaian, saya beralih arah ke Wattpad pula. 


Di bawah ini, pautan untuk akses bab-bab 'Lelaki Langit Bumi'. Selamat membaca. Semoga kalian terhibur.  

 

Tak Pernah Salah Alamat

Jangan sesekali merintih,
andai kisah hidupmu terpapar sedih
jangan sesekali kau lirih,
bilamana kejayaan gagal kau raih

jangan sesekali dipertikai,
mengapa impianmu lambat tertunai
angan sesekali kau persoal
doa dan hajatmu bagai Dia tak dengar

jangan minda terus diasak persoalan berat
kerana hakikatnya
rezeki, rahmat dan berkat
tidak akan pernah tersalah alamat
sebagaimana ajal yang mendekat
tidak akan pernah lewat kendatipun sesaat.

Mal Du Pays

  Nota: mal du pays bermaksud kerinduan pada kampung halaman dalam bahasa Perancis. Homesick gitu 😊