Ahad, 28 Julai 2019

Kulit Buku 'Lelaki Langit Bumi'

Seronok bukan kepalang dapat book cover baharu daripada Anis. Adinda Anis yang merupakan calon SPM 2019 ini saya kenal melalui Wattpad. Boleh follow akaun Wattpad Anis di sini dan Instagramnya di sini.

Anis hadiahkan saya kulit buku hasil kreativitinya ini sebab dia suka baca 'Lelaki Langit Bumi'. Terharu sangat saya! Sudi baca 'Lelaki Langit Bumi' pun sudah cukup besar ertinya, ini pula siap buatkan book cover lagi. Bayangkanlah dalam pada sedang sibuk menelaah pelajaran, sempat lagi dia designed kulit buku untuk saya. I'm really touched.

Malangnya, saya tidak dapat gunakan kulit buku tersebut di Wattpad kerana saya 'terikat' dengan kulit buku yang asal. Kulit buku yang digunakan sekarang perlu saya kekalkan. Saya sedang membantu seorang teman yang sedang buat kajian kecil mengenai kulit buku dan tarikan kepada pembaca.

Itulah sebabnya cuma ada sebuah gitar dengan latar hitam putih. Tiada juga sebarang gambar selebriti yang digunakan untuk menggambarkan watak kerana saya mahu setiap pembaca bebas membayangkan watak-watak tanpa tertakluk pada gambaran saya.

Mal Du Pays

  Nota: mal du pays bermaksud kerinduan pada kampung halaman dalam bahasa Perancis. Homesick gitu 😊