Sabtu, 7 September 2019

Certot - Bicara Kopi

Gadis itu sampai lebih awal dari masa yang dijanjikan. Sebaik sahaja terpandangkan diriku yang sedia menanti di meja, dia melarik senyum. Menyedari seorang wanita di belakangnya, pintu kafe dibuka lebih luas, memberi ruang pada wanita berkenaan untuk masuk.

"Sama-sama," balasnya mesra apabila wanita itu mengucapkan terima kasih. Ceria dia menapak menghampiri meja. Sebuah beg kertas dihulurkan kepadaku.

"Fortune cookies kesukaan kau." Matanya menerawang ke segenap ruang kafe. Saat Joshua, pelayan kafe menghampiri kami, sekali lagi dia mengukir senyum.

"Hai, Erin. As usual?" tanya Joshua yang sudah arif tentang pesanan pelanggan yang satu ini. Kopi o pekat tanpa gula dengan beberapa keping biskut cip coklat.

       
Angguk. "Kau nak tambah apa-apa?" Dia memandang cawan cappuccino di hadapanku yang masih belum berusik.

"Kau nak tambah apa-apa?" Dia memandang cawan cappuccino di hadapanku yang masih belum berusik. Aku menidakkan. Pandangannya dihalakan semula kepada Joshua. "Josh, aku nak belanja pasangan di meja hujung tu," ujarnya merujuk kepada pasangan warga tua yang sedang menikmati hidangan mereka. "Seperti biasa, aku mahu kekal anonymous."

Mal Du Pays

  Nota: mal du pays bermaksud kerinduan pada kampung halaman dalam bahasa Perancis. Homesick gitu 😊