Jangan sesekali merintih,
andai kisah hidupmu terpapar sedih
jangan sesekali kau lirih,
bilamana kejayaan gagal kau raih
jangan sesekali dipertikai,
mengapa impianmu lambat tertunai
angan sesekali kau persoal
doa dan hajatmu bagai Dia tak dengar
jangan minda terus diasak persoalan berat
kerana hakikatnya
rezeki, rahmat dan berkat
tidak akan pernah tersalah alamat
sebagaimana ajal yang mendekat
tidak akan pernah lewat kendatipun sesaat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Mal Du Pays
Nota: mal du pays bermaksud kerinduan pada kampung halaman dalam bahasa Perancis. Homesick gitu 😊
-
Nota: mal du pays bermaksud kerinduan pada kampung halaman dalam bahasa Perancis. Homesick gitu 😊
-
Sudah lama saya tidak buat puisi padam ( blackout poetry ). Ini salah satu ekspresi kreatif yang saya kira menarik. Dari satu halaman buku, ...
-
AKU mengeluh, "Ini sudah keterlaluan. Aku dah penat nak tanam kawan-kawan aku. Aku dah tak mampu." Antasha ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan